|
Agak biasa bagi syarikat-syarikat
kroni bekas perdana menteri memberi laluan kepada kroni baru apabila berlaku
pertukaran kepimpinan. Satu syarikat yang agak menonjol dan mula membuat
gelombang sebelum Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih dari Dr Mahathir
Mohamad ialah kumpulan syarikat-syarikat SCOMI, satu konglomerat yang
diketuai oleh anak lelaki tunggal perdana menteri baru, Kamaludin.
Ke tepi Mirzan Mahathir, Wan Azmi Hamzah, Halim Saad, Tajuddin Ramli and
Samsudin Abu Hassan. Masuk penjara Eric Chia. Beri laluan untuk Kamaludin
Abdullah, 'New Kid on the Block' (NKOTB), pujaan terkini Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL)
2003 melihat kebangkitan mendadak Kumpulan SCOMI di papan kedua BSKL dan
pengambil alihan syarikat yang mengejutkan. Adakah ini semua secara
kebetulan ia serentak dengan pengambil alihan Pak Lah sebagai Perdana
Menteri Malaysia? Memang kebetulan! Jika Pak Lah bukan perdana menteri,
SCOMI akan hanya menjadi satu lagi operasi hole-in-the-wall.
SCOMI nampaknya dalam misi mengambil alih syarikat-syarikat. Mereka membeli
perniagaan seolah tiada esok baginya. Amat menakjubkan sekali! Tetapi
membina sesebuah perniagaan yang berjaya dari tiada kepada ada, adalah
contoh ahli perniagaan sebenar. Membeli dan menjual syarikat-syarikat suatu
yang bukan bijak. Sesiapa saja boleh berbuat demikian. Apa yang diperlukan
ialah mempunyai banyak wang dan banyak simpanan.
Soalan cepu masnya ialah : di mana datangnya semua wang tersebut? Adakah
bank-bank Malaysia, sekali lagi, dipaksa memberi bantuan kewangan untuk
kegiatan perniagaan, orang-orang yang dekat dengan mereka yang berkuasa?
Adakah bank-bank Malaysia sekali lagi, tidak lama lagi, diminta melupuskan
mana-mana kegiatan perniagaan yang gulung tikar, seperti yang sering berlaku
semasa era Mahathir? Hanya masa akan menjawab persoalan ini.
'Membeli-belah' itu tidak mengapa, sekiranya anda mempunyai banyak peminjam.
Apa yang perlu dirisaukan, wang yang digunakan adalah duit rakyat,
kebanyakannya bank-bank milik kerajaan. Bila tiba masa untuk membayar semula
pinjaman, kebenaran akan terserlah. Kebanyakan jutawan Malaysia terpalit
lumpur apabila pinjaman yang besar dan kadar faedah yang tinggi membebankan
mereka dan menarik mereka ke bawah. Masalah ini bergelimang dalam pasaran
yang merudum seperti yang mungkin berlaku dalam masa terdekat apabila
Malaysia mula menyedari bahawa Mahathir telah hampir memufliskan negara
dalam 22 tahun dia menjadi perdana menteri.
Setiap orang suka menang dan suka dikaitkan dengan kejayaan. Apabila anda
ketawa, seluruh dunia ketawa bersama,; apabila anda menangis, anda menangis
sendirian. Apabila ekonomi jatuh, yang pasti akan berlaku - ia hanya menanti
masa - anak Pak Lah akan tahu bagaimana rasanya menjadi pujaan satu hari,
dan menjadi penyangak esoknya.
Bagi mereka yang mungkin tidak banyak tahu tentang senario korporat
Malaysia, kami akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah korporat
anak perdana menteri kelima, membuktikan, di Malaysia, 'know who' dan bukan
'know how' ialah rahsia kejayaan. Semakin dekat anda kepada Perdana Menteri,
sebaiknya anaknya, semakin ia banyak membantu. |