Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Free Web site hosting - Freeservers.com | Web Hosting - GlobalServers.com
Choose an ISP: NetZero High Speed Internet Dial up $14.95 or NetZero Internet Service $9.95

Benarkah Pak Lah "Bersih"?

 

Undi Barisan Alternatif, Tolak Rasuah

 

 

Isu kekayaan Kamaluddin, Abdullah bohongi rakyat

 

KUALA LUMPUR, 6 Mac (PK_Adil) - Syarikat yang mempunyai kepentingan besar anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah, Scomi, yang baru dikaitkan dengan pengedaran alat centrifuge yang dikatakan terbabit dalam pembangunan senjata nuclear, kini mendapat kontrak dari Petronas berjumlah RM 2 billion. Kontrak tersebut diperolehi dari Petronas Carigali menerusi Crest Petroleum Sdn. Bhd., yang mempunyai hubungan rapat dengan Scomi.

Berita Scomi merupakan penerima faedah kontrak tersebut disiarkan di dalam akhbar The Star beberapa hari yang lepas dan mendapat perhatian YB Husam Musa (PAS – Kubang Kerian).

Maklumat dalaman yang diperolehi partikeadilanrakyat.org berkata desas-desus industri yang bertiup kencang ialah pemberian kontrak kepada Scomi ialah untuk mengurangkan tekanan ke atas imej syarikat tersebut selepas mendapat perhatian Amerika dan dunia berikutan tuduhan terbabit dalam pengedaran alat pembangunan senjata nuklear.

Pada masa yang sama, dikatakan beberapa kontraktor kecil yang terbabit dengan beberapa projek dengan Petronas gagal mendapat bayaran penggantian yang telah dijanjikan.

Seorang kontraktor yang tidak mahu namanya didedahkan berkata mereka gagal mendapat wang gantian berjumlah sehingga RM 500,000 setiap kontraktor sehingga hari ini meskipun menulis surat kepada pelbagai pihak. “Yang menyedihkan, Petronas terus terbabit mebiayai pelbagai projek kerajaan, di samping memberi kontrak yang begitu besar nilainya kepada syarikat yang mempunyai kaitan rapat dengan Kamaluddin Abdullah, anak pak lah. Tetapi kami, kontraktor kecil terus terabai.”

Di samping itu, Petronas juga telah menghentikan pembayaran kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang telah dilaksanakan sejak 1970an lagi selepas negeri tersebut jatuh ke tangan BA. Kini wang tersebut diedarkan menerusi jentera UMNO dan dikenali wang ihsan.

 
  Justice For All