|
Undi Barisan Alternatif, Tolak Rasuah |
||
|
|
||
|
Syarikat keluarga Endon dapat projek RM700 juta |
||
|
|
||
|
Kementerian tanah baru memaklumkan bahawa sebuah syarikat
yang dimiliki oleh keluarga Endon isteri Abdullah Badawi baru menerima
tawaran projek e-tanah bernilai lebih RM700 juta. Dikhabarkan tawaran kepada Sateras ini hanya berdasarkan cadangan ringkas. Dan kedua-dua syarikat yang berkongsi untuk projek ini tidak mempunyai seorang pun pakar dalam bidang skop projek yang perlu mereka laksanakan. Sehingga kini perbincangan lanjut untuk projek itu tidak dapat dilaksanakan kerana Sateras/DRB tidak dapat menyediakan pegawai dan kepakaran dalam bidang projek. Pemberian kontrak yang besar ini hanyalah berdasarkan beberapa helaian kertas cadangan yang terlalu dangkal dan tidak lengkap. Pemberian ini tanpa memenuhi syarat tawaran kontrak yang telus dengan tidak melalui beberapa peringkat cadangan dan penilaian. Ramai kakitangan kementerian yang merungut perihal pemberian kontrak ini kerana mereka mengatakan bahawa mereka akan dibebankan dengan lebih banyak kerja bila terpaksa berurusan dengan orang yang tidak tahu kerja mereka nanti. Ini membuktikan bahawa Abdullah tidak bersih. Rasuah makin berleluasa. Bukan sahaja diberikan kontrak berbillion ringgit untuk anaknya sendiri, malah turut memberi ratusan juta ringgit untuk keluarga isterinya sendiri. Sebelum ini, adiknya pun turut menerima kontrak dengan MINDEF/KEMENTAH untuk membekal makanan untuk anggota tentera. Mengapakah Menteri Tanah ditangkap atas tuduhan rasuah sedangkan syarikat keluarga Abdullah sendiri dapat kontrak dengan kementerian itu tidak dihebohkan? Malah pagi ini (12 Mac) Sateras Khas masih perlu berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah kerana dikatakan cadangan yang telah diluluskan oleh pihak EPU itu tidak lengkap - tetapi kontrak telah pun diberikan dengan tergesa-gesa.
|
||
| Justice For All | ||