| BOOKMARK THIS PAGE |
|
|
|
|
||
|
Biro Agama Umno: `Ustaz Najib` dilantik Timbalan Pengerusi Oleh: Inderaloka |
||
|
|
||
|
Mungkin niat untuk memberi peluang Najib bermuhasabah, mendorong Imam Hadhari melantik bekas boyfriend ZZ itu sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno Pusat di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kali pertama semalam 26 Oktober 2004 selepas Perhimpunan Agung September lalu. Mesyuarat MT itu juga turut menyaksikan Muhammad Mohd. Taib diberi nafas baru apabila beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Megat Joned Megat Ayub `penjenayah` yang dikatakan terlibat merancang pembunuhan Mustakizah lebih sedekad lalu. Pemuka lain yang dilantik sebagai MT atas `kouta lantikan Presiden` ialah Shahrir Abd Samad, Mustapha Muhammad dan Adnan Yaakub (calon-calon Naib Presiden yang tewas.) Tidak ketinggalan `pembakar jambatan` Rais Yatim dan `perasuah permit teksi terbesar` Nazeri Aziz turut mendapat ehsan Imam Hadhari apabila tersenarai sebagai anggota penggubal dasar tertinggi parti ortodoks itu. Sekilas pandang Imam Hadhari nampaknya mengambil peluang untuk melonggarkan sedikit kepungan Najib terhadap dirinya dengan melantik kebanyakan orang-orang kepercayaan beliau sebagai anggota MT kecuali Nazeri Aziz. Ertinya Imam Hadhari tidaklah lagi mudah untuk digulingkan oleh bekas boyfriend ZZ melalui `undi tidak percaya MT `seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Apa pun tiga orang lagi pemuka parti primitif berjawatan Menteri yang tewas di dalam pemilihan lalu kempunan untuk terus menganggotai MT apabila nama mereka tidak disenaraikan. Mereka adalah Dr Shafie Salleh Menteri Pendidikan Tinggi, Azmi Khalid Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Abd Kadir SF (pariyah Umno tersohor) Menteri Penerangan. Menurut sunber yang boleh dipercayai peluang untuk ketiga-tiga orang menteri berkenaan meninggalkan Kabinet adalah cerah jika Imam Hadhari tidak mewarisi amalan demokrasi `versi Mahataik.` (Perihal Mahataik melantik tongong-tongong di luar MT atau mengekalkan penyandang MT yang tewas di dalam pemilihan parti sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan SU Parlimen sudah pun tercatat di dalam kitab sejarah negara dan parti primitif Umno.) Secara keseluruhannya tiada yang menarik tentang `kabinet baru Umno` itu kecuali Imam Hadhari melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Biro Agama, seolah-olah tidak ada calon lain yang layak. Jika demikian halnya, secara tak langsung membenarkan dakwaan rakan dan lawan bahawa para perwakilan pada PA Umno baru-baru ini jelas menolak golongan agamawan bahana rasuah politik yang bermaharaja gila. Perlantikan Najib sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno juga dikira memeranjatkan. Benarkah niat Imam Hadhari meletakkan Najib di situ sebagai dorongan agar timbalannya itu bermuhasabah untuk memperbaiki moralnya yang negatif? Atau Imam Hadhari sengaja ingin `mengenakan` Najib atau memang beliau sudah bingung sebingung-bingungnya sehingga tidak dapat mengagak bahawa Umno akan ditertawakan orang semahu-mahunya kerana melantik seorang `malaun` sebagai orang kuat yang akan mengatur program keagamaan. Tak perlu pergi jauh! Cuba sdr/sdri bayangkan di dalam PA Umno tahun hadapan, seperti biasa persidangan akan dimulai dengan bacaan doa. Menurut amalan turun temurun parti primitif itu bacaan doa` tersebut akan dilafazkan oleh Pengerusi Biro Agama. Memandangkan Pengerusi Biro Agama kini adalah Presiden sendiri adalah kurang tepat dan kurang wajar beliau terhegeh-hegeh membaca doa, ` Timbalan Pengerusi dikira lebih sesuai , soalnya lancarkah lisan suami Rosmah Mansor itu berdoa`? Mulai sekarang Zahid Hamidi (bekas Ketua Pemuda yang hanya menunjukkan `kejantanannya selama enam hari` sebelum melutut di kaki Mahataik ketika reformasi meledak September 98 dulu) bolehlah mebimbing Najib untuk berdoa dengan lafaz dan kifiyat yang betul, sepertimana seorang guru tadika mengajar doa` tertentu kepada kanak-kanak di pusat-pusat didikan pra-sekolah. Kalau Zahid tidak membimbing Najib dari sekarang dikhuatiri nanti bukan sahaja bacaan doa Timbalan Pengerusi Biro Agama pada Perhimpuan Agung tahun hadapan akan ditertawakan oleh para perwakilan bahkan segala syaitan dan jin yang turut berada di PWTC akan sama terbahak-bahak! Itu baru bab doa` belum lagi bab mengimami solat. Selaku Timbalan Pengerusi Biro secara otomatik Najib adalah Imam 2 Umno, sewajarnya jika ketiadaan Imam Hadhari, Najib mengambil alih tugas imam. Kalau solat Zohor dan Asar siapa pun boleh mengimaminya, bagaimana dengan solat Maghrib, Isya` dan Subuh? Sekali lagi `kealiman` Najib diragui! Apa kata kalau di dalam program keagamaan yang diatur oleh biro itu kelak disamping melipatgandakan usaha memantapkan Islam Hadhari diselitkan juga acara sampingan, umpamanya ujian tilawah yang melibatkan ahli-ahli Umno dan para artis terkenal, pastikan Ziana Zain turut serta, tentu lebih bersemarak bukan?
Inderaloka
|
||
| Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11 | ||