Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Petisyen Permatang Pauh:  Anwar Dijangka Hadiri Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Oleh: Mat Sepai

 

Perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Permatang Pauh yang bersambung pada 30 September hingga 7 Oktober depan dijangka akan dihadiri DS Anwar Ibrahim untuk memberikan sokongan moral kepada, isterinya  DS Dr. Wan Azizah yang akan memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang nanti. Namun, keadaan ini bergantung kepada tahap kesihatan Anwar di Jerman, dan program beliau selepas itu.

Demikian, menurut Puan Aminah Abdullah, Timbalan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang  yang ditemui di Mahkamah Tinggi di sini. Katanya lagi, ketika ini semua saksi SPR telah memberikan keterangan, hanya tinggal beberapa orang lagi saksi SPR  yang belum disoal balas oleh Peguam Datuk Shafiee dan Christoper Fernando.  Azizah (responden 1) dan Pengurus Pilihan Raya Permatang Pauh,  Muzamin Mastak (responden ke-2) dijangka memberikan keterangan masing-masing pada Oktober nanti.

Jika Anwar ke sini, mahkamah tentu penuh sesak, ujarnya yang tidak pernah ketinggalan mengikuti perbicaraan Petisyen Permatang Pauh sejak awal perbicaraan sehingga kini.

Berita pembebasan Anwar telah menjadikan mahkamah “hilang seri”  apabila Pirdaus dan penyokongnya yang selalu mengikuti perbicaraan ini, tidak kelihatan lagi sejak 3 September (Jumaat) lepas. Kamar mahkamah kini  hanya dipenuhi  para penyokong reformasi.

Sementara itu, persiapan secara besar-besaran sedang disusun oleh pimpinan PKR Negeri dan Bahagian Permatang Pauh untuk menyambut kepulangan Wira Rakyat nanti. Bendera BA dan kain-kain rentang sudah mulai dipasang. Majlis kenduri kesyukuran turut diadakan oleh para pejuang reformasi.

Rakyat Permatang Pauh dan sekitarnya yang tidak sabar-sabar menunggu kepulangan Anwar, kini hanya dapat melepaskan rindu dendam mereka dengan menonton Tayangan Gambar Detik-detik Pembebasan Anwar dan ucapan sulungnya selepas dibebaskan.

Tayangan Gambar ini diusahakan oleh Sdr. Rizal dan Sdr. Ijun (anak saudara Anwar) dari Galeri Pejuang Cherok Tokkun.

Tahniah kepada kalian berdua! Semoga  Semangat Pejuang Akan Terus Membara.

 

Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang.

 
 

Mat Sepai

     

 

Bacaan Yassin dan Majlis Kesyukuran Pembebasan Anwar Di Madrasah Dakwah Islamiyah Tasek Gelugor. Mudirnya, Ustad Sobri Arshad, bekas calon PAS Penaga mengetuai doa.

 

Tayangan Gambar Detik-Detik Pembebasan Anwar di Madrasah Dakwah Islamiyah, Tasek Gelugor.


 

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11