Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Reformasi Kampus: Berundur bukan bererti kalah

Oleh: Gerbang_IPTA 2004

 

Pilihanraya kampus seluruh Malaysia yang baru lalu sekali lagi telah menonjolkan betapa hebatnya tekanan yang mahasiswa terima dan betapa hebatnya tentangan yang telah kita lakukan untuk menegakkan keadilan dalam sistem politik kampus. Demonstrasi, boikot dan pelbagai lagi agenda dalam dan luar yang telah kita lakukan akan kami teruskan selepas ini bagi memastikan perjuangan ini tidak akan terkubur. Kita juga akan mempertahankan demokrasi di kampus dan REFORMASI PENTADBIRAN IPTA akan dilancarkan bagi memastikan semua barua-barua kerajaan yang zalim akan ditumbangkan satu persatu. Kami akan menuntut satu organisasi yang lebih adil dan telus dalam kampus yang diketui oleh mereka yang tidak mempunyai latarbelakang politik UMNO. Segala kezaliman, penyelewengan, ketidakadilan, jenayah, ugutan dan pelbagai lagi taktik kotor pentadbiran universiti akan kami bongkar satu persatu dan akan kami pastikan mereka yang terlibat akan dihadapkan kemuka pengadilan.  

Kepada semua mahasiswa, diharap bersabar. Mulai sekarang kita akan terus memboikot segala aktiviti UNIVERSITI. Jangan menyertai atau terlibat langsung dengan aktiviti mereka. Segala aktiviti yang diluar tabii akan kita tentang habis-habisan. Pastikan imej universiti akan terpampang sebagai universiti yang mempunyai pentadbiran yang zalim.

 

 

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11