Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Boikot di UM, UUM dan UPM

Oleh: Gerbang_IPTA 2004

 

Keputusan memboikot pilihanraya di kampus UM, UUM dan UPM terpaksa dibuat bagi menunjukkan pada rakyat sekelian bahawa mahasiswa mempunyai pendirian tersendiri dalam membuat keputusan drastik. Ia secara tidak langsung dapat memberitahu rakyat diluar sana, bahawa pilihanraya kampus yang diadakan sekarang adalah yang paling zalim dan tidak bertamadun yang dipelopori oleh kerajaan BN dan dilaksanakan oleh pentadbiran universiti yang jelas terang-terangan memerangi mahasiswa. Sepatutnya pihak pentadbiran berkecuali dalam melaksanakan pilihanraya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.  

Pilihanraya kali ini seolah-olah mahasiswa melawan HEP universiti yang diwakili oleh calon-calon LALANG. Mereka ini umpama LALANG yang bakal menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh pemerintah tanpa penilaiaan secara ilmiah. Maka akan rosaklah imej mahasiswa dan universiti sendiri dalam mengeluarkan mahasiswa yang bukan sahaja berilmu malah mempunyai pendirian sendiri yang kukuh dan berketerampilan dalam menyatakan hujah dalam menyanggah ketidakadilan dan kezaliman. Siapa pula yang akan membela golongan mahasiswa jika mereka ini menjadi penyokong HEP? Melalui MPP lah mahasiswa menyatakan segala teguran dan ketidakpuasan hati pentadbiran universiti. Jika mereka ini dah jadi macam LALANG, apakah faedah yang mahasiswa bolah dapat dari mereka ini? Renungkanlah…    

 

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11