|
Kejadian
bermula apabila rundingan antara bersurai telah selesai. Ketika sekumpulan
siswi berjalan pulang., tiba2 seorang pensyarah yang juga penyelia kolej ke
12 telah mengejar dan menarik tudung seorang daripada kumpulan siswi
tersebut dari arah belakang sehinggkan siswi tersebut terjatuh. Siswi
tersebut tidak langsung menyedari dirinya dikejar oleh pensyarah tersebut
malah tidak langsung melawan. Apakan daya seorang wanita untuk menentang
seorang lelaki yang bergelar pensyarah pula tu. Tindakan tersebut telah
mencetuskan ketegangan. Sehingga tercetus tumbuk menumbuk selama hampir 5
minit. Bayangkanlah rakyat semua, macam mana seorang pensyarah yang diberi
tanggungjawab membimbing mahasiswa dengan dayusnya telah menggunakan
kekasaran melampau keatas seorang siswi yang dihantar oleh ibu bapa mereka
dengan harapan anaknya itu selamat dalam pentadbiran UM. Malangnya semua itu
sebaliknya bila seorang pentadbir dalam UM sendiri telah bertindak
sebaliknya. Perlukah manusia ini wujud dalam dunia ini?
Dalam kejadian
pergaduhan ini, 2 orang mahasiswa yang cuba membela siswi yang dikasari
telah ditahan oleh mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai ‘orang HEP’.
Apa yang menghairankan ada juga siswa
LALANG yang turut mengaku pegawai HEP
dan lebih malang lagi ada beberapa orang yang tidak dikenali turut memainkan
peranan dalam pergaduhan tersebut juga turut mengaku sebagai pegawai HEP.
Selain itu seorang yang dipercayai kaki pukul yang sebelum itu dilihat
bersama Wira Karnain dan turut mengaku sebagai pegawai HEP telah ditahan
kerana mencetuskan suasana tegang tersebut. Beliau dipercayai dibiayai oleh
pihak tertentu dalam pentadbiran UM. Wira adalah pengetua kolej ke-9 yang
sebelum ini telah mencetuskan kontroversi mengenai isu penahanaan bas
bersama pelajar yang hendak mengikuti aktiviti luar kampus tetapi sebaliknya
si Wira jahanam ini menuduh mereka hendak berkempen untuk pilihan raya kecil
pada waktu itu.
Laporan polis
telah dibuat dan diharap pihak universiti menunjukkan sikap yang adil dengan
mengenakan tindakan disiplin keatas pensyarah itu kerana bagi kami beliau
tidak layak menjadi pensyarah. Jadi kaki pukul adalah yang terbaik
untuknya…..
|