Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

MPP (LALANG) yang tidak diiktiraf oleh mahasiswa

Oleh: Gerbang_IPTA 2004

 

Sudah kita lihat dan dengar bagaimana hebohnya akhbar media kerajaan yang begitu bangga menyatakan kemenangan calon proaspirasi(LALANG) terutamanya di UM, UUM, UKM dan UPM. Tapi mereka tidak pula menonjolkan pemboikotan pilihanraya kampus oleh tig buah kampus utama iaitu UM, UUM dan UPM selain penyelewengan di semua kampus. Antaranya ialah pengambilan no siri kertas undi, kengganan Dekan dan Pengetua kolej menandatangani surat pengesahan untuk bertanding untuk calon-calon Gagasan, perubahan tempat mengundi dan pengiraan undi yang meragukan, tidak membenarkan pemerhati memerhati proses pilihanraya dan pengiraan undi, kiraan undi menggunakan kaedah online (e-voting) yang meragukan (keputusan pilihanraya di UPM hanya diketahui pada pukul 2 pagi walaupun menggunakan kaedah online), lantikan pegawai HEP yang merupakan bekas calon-calon Aspirasi(LALANG) kerajaan untuk mengendalikan pilihanraya yang turut diragukan lantikan itu samada sah atau sebaliknya dan pelbagai lagi penipuan yang dihalalkan oleh Kerajaan dan pentadbiran universiti. Bapa borek, anak rintik itulah kata-kata yang sesuai bolah diungkapkan jika melihatkan proses perjalanan pilihanraya kali ini. apa tidaknya, jika kerajaan telah mengajar tentang bagaimana nak menipu pada pilihanraya umum yang lepas, apa susahnya pentadbiran universiti nak lakukan. 

“Why can’t we record the serial number when this practice was allowed during the general election?” 

Kenyataan di atas adalah dari seorang kakitang HEP yang dipetik dari laman malaysiakini.com apabila beliau diajukan pertanyaan tentang relevennya pihak universiti mengambil no siri kertas undi bersama nama pelajar. Malah apa yang lebih mengejutkan ada universiti yang menawarkan cabutan bertuah untuk undi-undi yang dibuat. Bayangkanlah begitu hinanya sistem politik dalam kampus yang dibentuk oleh kerajaan. 

Oleh itu janganlah MPP terutamanya di UM, UUM dan UPM nak berlagak. Anda bukan dipilih oleh majoriti pelajar. MPP yang wujud adalah MPP yang rapuh dan tidak sah.

Konsert dan aktiviti maksiat akan berleluasa

Apa yang pasti, konsert dan aktiviti maksiat akan bercambah di universiti yang dipimpin oleh calon-calon LALANG yang tidak berpendirian ini. Maka akan bertambah gejala sosial yang akan meruntuhkan akhlak mahasiswa. Kesan ini telah boleh kita lihat sejak setahun dua kebelakangan ini setelah operasi pembersihan mahasiswa pro-Islam dari kolej-kolej kediaman. Surau-surau kosong, tiada solat berjemaah malah azan pun tidak kedengaran. Yang tinggal hanyalah golongan yang majoritinya pro-kerajaan yang sembahyang sekali sekala. Hendak jadi imam pun takut. Mereka yang tidak dibimbing ini akan hanyut tanpa pegangan malah akan mempengaruhi rakan-rakan lain. Apakah pentadbiran universiti, kerajaan dan rakyat suka kan fenomena ini?

Kenyataan bodoh Menteri yang mengatakan pilihanraya kampus adalah tulus

Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh bahawa pilihanraya kampus kali ini adalah yang tulus adalah kenyataan orang bodoh yang jelas sekali menampakkan kebodohannya. Kalau pilihanraya kampus kali ini bersih kenapa ada boikot? Kalau bersih kenapa sampai bergaduh, demonstrasi dan bantahan. Apa semua ni? Kementeriaan makan gaji buta ke? Kenapa tak siasat apa yang berlaku?  

 

 

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11