Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Wajarkah Mahasiswa Berpolitik?

Oleh: Gerbang_IPTA 2004

 

Ini adalah salah satu soalan bodoh yang selalu ditanya oleh puak-puak UMNO dan kerajaan setiap kali nak menafikan hak berpolitik mahasiswa. Selain itu ada banyak lagi. Antaranya :

  1. Haramkan PMI: releven atau tak ?......
  2. Kenapa mereka tidak menyedari bahawa mereka menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana dan mendapat bantuan PTPTN dari pihak kerajaan tetapi sanggup "menggigit tangan yang memberi mereka makan"?
  3. Budaya berpuak-puak dan berkumpulan terutama kecenderungan ke arah sesebuah parti politik masih kukuh di setiap IPTA akan memecahbelahkan mahasiswa?
  4. dan banyak lagi soalan yang keluar dari mulut orang yang bodoh…..

Disini kami ingin menjawab soalan ini semua dan diharap soalan bodoh macam ini tidak akan keluar lagi pada masa-masa yang akan datang. 

Soalan yang selalu dikeluarkan oleh puak-puak UMNO yang memang tak senang duduk kalau Islam itu berkembang. Samalah macam anak-anak mereka kat kampus-kampus. Dulu zaman Mahathir ada usaha nak hapuskan nama Islam dari pertubuhan, parti politik dan persatuan-persatuan di Malaysia ini tetapi gagal. Tapi tiap kali memasuki alam kampus, tak habis-habis nak hentam PMI. Apa pasal? Tak pernah pulak mereka ni bertanya kenapa dah ada persatuan Islam tetapi masih nak tubuhkan Kelab Islam Had-Hari. Ada bezakan Islam yang siswa perjuangkan selama ni dengan Islam Had-Hari? Mengapa pulak nak haramkan PMI? Apakah perjuangan siswa LALANG hanya untuk menjatuhkan PMI? Orang kafir pun tak pernah minta PMI dihapuskan, tapi yang minta tu orang Islam. PMI relevan sehingga akhir hayat. Islam tu tak pernah berubah lainlah bangsa. MELAYU TAK SEMESTINYA ISLAM DAN ORANG MELAYU TAK BOLEH NAK JADI CINA ATAU INDIA. So kewujudan PMI penting di dalam kampus. PMI tidak berpihak pada sesiapa. Ia berpandukan Islam. Kalau perjuangan itu sama dengan PAS, ia adalah secara kebetulan. Kerajaan tak perlu takut kalau ia memerintah negara berpandukan Islam. Kalau tak ikut, so janganlah takut nak terima teguran. Salah ke kita saling tegur menegur? Adakah menegur iatu sama dengan menentang? 

Keduanya, kenapalah tak habis-habis dengan ayat ‘tak bersyukur’, ‘tak berterima kasih’. Zaman Mahathir dah habis. Gunalah ayat lain. Kami masuk universiti atas kelayakan kami. Kami bayar yuran memang menggunakan PTPTN. Tapi siapa yang untung kalau bukan ceti kerajaan PTPTN. Kami pinjam RM21,000, tapi kami bayar RM27,000(campur dengan bunga 4%) kami tak guna duit kerajaan. Kami bayar lebih lagi adalah. Kami bukan orang yang bodoh. Kami ucapkan terima kasih pada PTPTN kerana meminjamkan kami duit. Tapi duit tu duit siapa? Duit dari cukai rakyat. Mak bapak kami yang bayar. Kerajaan kutip dan bagi peruntukan setiap tahun kepada PTPTN untuk dana pendidikan dan salurkan pada kami. Lepas tu kena bayar balik dengan harga yang lebih. Korang faham tak? Jadi tak timbul soal tak kenang budi atau tidak. 

Ketiganya, pasal perpecahan. Kalau berlainan fahaman politik tu, berpecah ke. Kalau tak berpecah, tak payahlah buat pilihanraya. Suruh saja HEP lantik wakil mereka. Bila ada lebih 2 pihak yang bertanding, maka aka adalah penyokong-penyokong masing-masing. So apa nak dihairankan. 

Diharap jawapan tadi memuaskan anda semua. Kalau diutarakan lagi soalan yang sama, memang orang tu bodoh sangat ‘baghal’.

 

 

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11