Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11

BOOKMARK THIS PAGE   EMAIL WEBMASTER

 

Utusan: Siapa yang sempit pemikiran dan jumud?

Oleh: Gerbang_IPTA 2004

 

Bacalah artikel Utusan Meloya ni yang menunjukkan betapa sempit dan jumudnya pemikiran mereka sehingga sanggup mengatakan yang bertakbir tu lambing pembangkang. Orang UMNO tak bertakbir ke? Mungkin tak solat agaknya orang yang buat kenyataan ni. Kenapalah takut sangat dengan takbir? 

Petikan berita dari UTUSAN MALAYSIA

Budaya berpuak-puak masih kukuh di setiap IPTA

oleh: MARZITA ABDULLAH

PILIHAN raya kampus semalam menyaksikan penguasaan calon-calon proaspirasi kerajaan di 15 daripada 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Walaupun berjaya menguasai Universiti Malaya (UM) ekoran pemulauan calon-calon Gagasan, namun calon-calon aspirasi masih gagal menakluk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malah `terlepas' Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada calon-calon bukan proaspirasi.

Kegagalan menguasai UIAM merupakan tamparan kepada calon-calon aspirasi kerana peratus pelajar yang keluar mengundi di UIAM adalah yang tertinggi di kalangan IPTA selain UKM iaitu 93.4 peratus.

Seperti biasa, setiap kali selesai pilihan raya kampus, IPTA yang telah dilabelkan sebagai propembangkang akan menafikan sekeras-kerasnya kecenderungan calon-calon tersebut terhadap kumpulan-kumpulan tertentu.

Bagi pihak pentadbiran universiti, mereka menyifatkan perkara tersebut sengaja diadakan-adakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej mereka seperti yang terjadi di UIAM dan UPSI.

Namun benarkah tidak wujud kumpulan pelajar atau calon yang bertanding, yang mendokong dan dikongkong oleh pandangan politik partisan sepanjang berlangsungnya pilihan raya kampus itu?

Pihak universiti telahpun meletakkan syarat bahawa calon yang bertanding mestilah mewakili diri sendiri, bukan lagi mewakili satu-satu kumpulan atau persatuan.

Maka diwujudkan kerusi fakulti, umum atau bebas, bagaimanapun rata-rata pelajar dan pegawai universiti yang ditemui mengesahkan budaya berpuak-puak dan berkumpulan terutama kecenderungan ke arah sesebuah parti politik masih kukuh di setiap IPTA.

Justeru didapati ada kumpulan-kumpulan seperti Gagasan, We Unite For Islam (WUFI), Gabungan Mahasiswa Universiti (GMU), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Revo, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sahabah Persatuan Untuk Belia Baru UM (UMANY) dan beberapa kumpulan lain, sama ada `dihalal' atau `diharamkan' oleh pihak universiti.

Di UM, tidak perlu dinafikan sikap berpuak-puak yang amat jelas terutama pada hari penamaan calon.

Beberapa kumpulan pelajar dengan sebuah kumpulan lengkap berpakaian seragam, malah kumpulan ini juga mengasingkan diri seolah-olah mengelak dan tidak mahu bergaul dengan kumpulan lain.

Di UIAM sendiri, setiap kali diumumkan kemenangan seseorang calon, laungan `Allahuakbar' bergema dan adakah ini tidak cenderung atau mirip kepada amalan sebuah parti politik?

Betapa hebatnya pilihan raya kampus malah kehebatan dan kehangatannya memang tidak kurang sedikitpun daripada pilihan raya umum untuk memilih pemimpin negara.

Namun jika diamati, di manakah letaknya akujanji pelajar yang telah ditanda tangani ketika menjejak kaki ke menara gading, yang berjanji untuk berfikiran terbuka dan tidak dikongkong oleh pandangan politik partisan.

Jika pihak universiti mahupun pelajar di UIAM ataupun UPSI berpegang kepada kebenaran bahawa mereka tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan, maka mereka sendiri perlu membuktikannya.

Buktikan pemikiran mereka tidak dikongkong dan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada yang dilakukan secara halus oleh pihak dalaman universiti ataupun dari luar universiti.

Buktikan apa juga aktiviti mereka tidak ada kaitan langsung atau berbau politik partisan dan dibiayai oleh mana-mana kumpulan politik.

Buktikan mandat yang diamanahkan itu tidak dipersia-siakan dan bersama-sama menyokong untuk meneruskan aspirasi serta wawasan kerajaan, terutama kepada bakal guru yang akan membentuk generasi pemimpin masa depan negara.

 

STUDENT POWER!

GAGASAN POWER!

 

 
  Kembali ke Laman Pilihanraya Umum Malaysia Ke 11